Thursday, March 26, 2009

Apa cite??

Lately, ni banyak cerita aku dengar pasal rumahtangga runtuh disebabkan oleh orang ketiga. Kalau pasangan suami isteri muda, aku paham lah jugak. Tak tahan godaan, mungkin. Konon masih muda, masih ramai peminat, maka terjadilah kisah cinta suami dan isteri orang…Tapi kalau melibatkan lelaki umur 50 tahun ke atas, macamana ek? Pada aku lah, kalau dah umur dah hampir ke penghujungnya…apa lagi yg dicari? Pasangan muda? Habis yang lelaki tu ..tak cermin diri ke? Apa sebenarnya yg dicari dalam hidup ni? Bukan kah Allah dah kurniakan usia panjang tu sebagai satu bonus…apa kata gunakan untuk memperbanyakkan ibadah, muhasabah diri dan tengok balik apa yg kurang selama ni…masa ni lah, sepatutnya kita bertungkus lumus memperbanyakkan amalan untuk bekalan kita di akhirat kelak (chewah…mcm ustazah pulak aku nih).


All I’m saying is we have to know our goals in life. What do you really want in life? Sebab kita org Islam, life kita bukan setakat di dunia ni je? Ada lagi yg abadi…Di dunia ni, kita rasa kita wanita bekerja..boleh buat apa sahaja, hingga tak takut langsung nak menduakan suami…Masih cun, vogue …ramai peminat ..so rasa diri ni bagus sangat….At the end of the day, tak ke mana semua tu kalau dah buta hati. Sampai bila kita cantik? Esok lusa, tua jugakk….Ujian sebenarnya tu. “Penyakit segala cantik adalah riak”…Setiap penyakit ada ubatnya…Antibiotik paling berkesan – Taubat. Tapi ramai jugak wanita cantik yg mempertahankan maruah diri, tahu batas sebagai seorang isteri dan wanita Islam…Alhamdulillah.


Bagi suami yg rasa kuasa veto nak kawin 4 tu dia org punya….Jangan bab kawin 4 je ikut sunnah Rasulullah SAW. Tingkah laku yg lain tak de pulak sekelumit pun mcm Baginda!! Kesian lah kat wife yang cuba jadi isteri terbaik - - bekerja utk tolong suami (which is not compulsory pun!), jaga makan pakai sekeluarga…Masih tak cukup lagi ke? We are not getting any younger…Bila susah pandai pulak dgn isteri pertama, tapi bila senang mula nak buka cawangan. Boleh kawin 4..sebab ini Allah SWT telah benarkan …Dia yang Maha Mengetahui setiap hambanya….tapi ingat tanggungjawab! Bukan nya senang….Dengan sorang pun dah pening..kalau 4…muntah terus kot???


Buah hati pengarang jantung aku yg paling bongsu...Haqimi, 3 thn....
(tu bukan bantal...tapi cotton candy!!!)


Entahlah ek, kita perempuan ni paling banyak beralah…paling banyak bersabar, paling banyak berkorban demi kebahagiaan suami dan anak2…Tambahan pulak isteri bekerja…mak aiii..rasa hari cepat sangat berlalu…Kerja tak habis-habis…dari opis smpailah ke rumah…Tapi I’m glad to do it..selagi masih ada tenaga dan kesihatan….I love doing it for my family….Macam semalam, sampai rumah dah pukul 6 lebih. Tengok ada ikan sekor lagi…hiris serai, daun limau purut, asam keeping, daun sup, daun ketumbar…bawang putih sikit…bubuh kicap cair, minyak bijan, then lumur pada ikan…then stim je!!!! Pukul 6.45 pm kena ambik anak dara aku kat sekolah since on Thursdays, my husband kena gi kelas PhD dia kat UTM…Selalunya ada org tolong ambik anak aku, tapi dia gi outstation pulakk….Super Kelam Kabut!


Steamed Fish...


So, makan malam hanya dengan stim fish!!! And pagi tadi aku sempat buat nasi lemak. for breakfast. Yang sedihnya aku dah siap letak dalam bekas..nak breakfast kat office le konon...….boleh tertinggal kat rumah!!!!! Sedeyyy laaa….kempunan aku nasi lemak buatan sendiri…hmmm..tak de rezeki nampaknya....Ni lah nasib perempuan bekerja...cuba sedaya upaya pleasing others, sampai 'lupa' nak layan diri sendiri! Sigh..!


No comments: