Monday, March 9, 2009

Why oh..why..

Disebabkan harta benda duniawi...adik beradik boleh bergaduh, suami isteri boleh bercerai berai, rakan taulan boleh bermasam muka..Kadang-kadang terpikir jugak, bukannya boleh bawak mati pun...Yang kita bawak hanyalah kain putih membalut tubuh serta amal jariah semasa hidup.


Tapi itulah bila syaitan (yg direjam) menghasut manusia. I always remind myself and my children never to fight over something which is not even ours. Sayang sekali bila pertalian silaturrahim terputus begitu sahaja hanya kerana harta. Memang lah, siapa tak nak duit? Siapa tak nak kaya raya? Tapi I think it's more meaningful if we earned it ourselves? Betul tak..? Alhamdulillah jikalau harta dibahagikan sama rata and bertuah mak bapak yg punyai anak-anak di kalangan orang-orang yg bersyukur. Dah dapat free pun dah cukup baguih.


I think I'm babbling because I don't have anything to fight over ..I don't come a from rich family..Senang la cakap, ye tak..Cuba kalau keluarga kaya raya, sama jugaklah kes nya terjadi pada kami adik beradik agaknya. Alhamdulillah, kami datang dari keluarga yg sederhana...Tak payah nak susah2 berkelahi pasal harta ..(Ada ke hartanya??)


Sedih bila baca dalam surat khabar, anak lelaki menyaman ibu sebab rebutkan harta arwah ayah..akhirnya kalah jugak...Allah SWT Maha Adil dan Maha Kaya..dah bukan hak kita, just forget it ...Masa arwah hidup, jenguk pun tak pernah..bila arwah dah tak de, ada hati pulak nakkan harta peninggalan...Ish, tak malu betul...


Hmm..mcm kata my biras, seorang ustazah, "Orang yg banyak harta, adalah orang yang terakhir sekali masuk syurga"...Wallahualam....


No comments: